FAQs

Privacy Policy

1 PENGENALAN

1.1 Polisi privasi ini ("Polisi Privasi") disediakan oleh TeaX Alliance Sdn. Bhd. (No Syarikat: 522780-W) ("TeaX" atau "kami") untuk anda (termasuk organisasi dan/atau orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda) ("anda") yang menggunakan www.teax.my (" Platform").

1.2 Untuk tujuan Polisi Privasi ini, perkataan "data peribadi" hendaklah mengandungi erti yang didefinisikan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP"), yang mana ia merangkumi "data peribadi yang sensitif" (seperti yang didefinisikan dalam APDP) dan apa-apa data peribadi yang telah atau mungkin dari semasa ke semasa diberikan oleh anda kepada kami dan/atau diperolehi oleh kami secara bebas daripada sumber lain yang sah (jika ada) berkaitan dengan transaksi komersial.

1.3 Polisi Privasi ini menjelaskan:

1.3.1 jenis data peribadi yang dikumpul oleh kami daripada anda dan bagaimana kami mengumpul dan memproseskan data peribadi anda;

1.3.2 untuk tujuan-tujuan apa kami mengumpul dan memproseskan data peribadi anda;

1.3.3 kepada pihak-pihak ketiga yang mana kami akan mendedahkan data peribadi anda;

1.3.4 apakah hak-hak anda untuk data peribadi anda; dan

1.3.5 tindakan yang boleh diambil oleh anda jika terdapat apa-apa perubahan, pertanyaan atau aduan tentang data peribadi anda.

1.4 Dengan melayari Platform, anda bersetuju untuk pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini. Kami akan mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis kepada anda dan semua perubahan akan berkuat kuasa dengan segera apabila dipamerkan di Platform.

2 DATA PERIBADI APA YANG DIKUMPUL OLEH KAMI DARIPADA ANDA?

2.1 Data peribadi anda yang dikumpul oleh kami daripada anda termasuk:

2.1.1 butiran pengenalan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor pasport;

2.1.2 alamat persuratan anda dan/atau alamat tetap anda (termasuk alamat pejabat);

2.1.3 maklumat perhubungan anda (contoh: alamat e-mel dan nombor telefon bimbit);

2.1.4 pekerjaan dan butiran pekerjaan;

2.1.5 julat pendapatan dan status kewangan;

2.1.6 maklumat akaun bank;

2.1.7 butiran mengenai bayaran kepada dan dari anda, dan butir-butir produk lain yang anda beli daripada kami;

2.1.8 data penggunaan Platform (contoh: bilangan lawatan dan tempoh lawatan); dan

2.1.9 maklumat pelayar web anda (contoh: alamat IP, data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon waktu dan lokasi, jenis dan versi pemalam penyemak imbas, sistem operasi dan platform, dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform)

termasuk maklumat-maklumat lain yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat Platform dan sebagaimana yang dikehendaki oleh kami dari semasa ke semasa untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 4.1 di sini.

3 DARIPADA SUMBER APA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?

3.1 Adalah dimaklumkan bahawa kami akan mengumpul data peribadi anda daripada anda dan daripada sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

3.1.1 hubungan anda dengan kami, termasuk: (a) maklumat yang diberikan oleh anda untuk mengisi profil pengguna atau borang pendaftaran; (b) apabila anda mendaftar akaun dengan kami di Platform; (c) apabila anda melayari Platform dan menggunakan Perkhidmatan kami (seperti yang didefinisikan di bawah); atau (d) apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui panggilan telefon, e-mel dan/atau melalui suratcara lain;

3.1.2 sebarang interaksi antara anda dengan kami melalui (a) Platform kami; (b) platform media sosial seperti Facebook dan Instagram kami; dan (c) aplikasi sembang dan forum dalam talian kami (jika berkenaan);

3.1.3 melalui pelancaran media atau penyertaan dalam kempen-kempen kami di mana anda dikehendaki untuk menyediakan data peribadi mengenai diri sendiri dan untuk pihak-pihak lain (seperti ahli keluarga anda dan rakan sekerja anda);

3.1.4 pihak-pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti pekerja anda, pemegang akaun bersama, penjamin-penjamin, dan pihak ketiga lain (yang mana pihak-pihak ketiga tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan anda terlebih dahulu untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda);

3.1.5 apa-apa video atau foto yang dikumpulkan oleh kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;

3.1.6 melalui analisis cara (a) anda menguruskan akaun anda di Platform; atau (b) penggunaan anda mengenai Perkhidmatan dan /atau Platform, yang merangkumi sebarang transaksi yang dibuat oleh anda dan/atau pembayaran yang dibuat ke / daripada akaun atau 'e-wallet' anda di Platform; dan

3.1.7 dengan menggunakan Cecikut ('Cookies') , butiran yang mana akan dinyatakan dalam Klausa 12 Polisi Privasi ini.

3.2 Untuk mengelakkan keraguan, "Perkhidmatan" adalah merangkumi jualan dan pembelian produk yang disenaraikan di Platform, penyenaraian produck anda untuk penjualan berikutnya di bawah Tea X serta perkhidmatan storan gudang yang disediakan oleh Tea X di Platform.

4 APAKAH TUJUAN KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA?

4.1 Anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan bersetuju bahawa kami diberi kuasa untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

4.1.1 Pengenalpastian Identiti

(a) mengesahkan maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami;

(b) menganalisis kesesuaian anda untuk mendaftar dengan kami dan memproses pendaftaran anda dengan kami; dan

(c) untuk mengesahkan aplikasi anda dengan Tea X atau langganan untuk Perkhidmatan dengan Tea X.

4.1.2 Fasilitasi Perjanjian

(a) untuk memudahkan perlaksanaan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani atau akan ditandatangan dengan kami;

(b) untuk memudahkan komunikasi antara anda dengan kami atau pengguna-pengguna lain bagi tujuan perjanjian-perjanjian yang berkenaan;

(c) penyediaan maklumat kepada pihak berkuasa dan pihak-pihak yang membekalkan perkhidmatan khusus (tetapi tidak terhad) untuk memudahkan pembekalan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan atau dalam perkara-perkara lain yang diperlukan / dibenarkan menurut Undang-undang (seperti yang didefinisikan di bawah) atau oleh pihak pembekal kemudahan yang telah diberi kuasa;

(d) untuk memberi notis (dan pengaturan) mesyuarat-mesyuarat, invois dan dokumen-dokumen lain menurut atau yang dibenarkan di bawah Undang-undang;

(e) untuk memindahkan atau menetapkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian antara anda dengan kami; dan

(f) untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan apa-apa hutang yang terhutang kepada kami (jika berkenaan);

4.1.3 Perkhidmatan dan Sokongan

(a) untuk mengendalikan dan memberi kesan kepada transaksi komersial dan pengurusan dan/atau penguatkuasaannya, termasuk apa-apa komunikasi dengan anda dan pengguna-pengguna lain;

(b) untuk menyusun dan menguruskan proses pesanan;

(c) untuk menjawab dan menyelenggarakan sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan anda atau pengguna-pengguna lain;

(d) untuk menjalankan survei dan analisis berkenaan dengan data penggunaan anda dan pengguna-pengguna lain;

(e) untuk digunakan, membekalkan dan/atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan oleh kami, menganalisis corak penggunaan dan pilihan, demografi pengguna, kajian pasaran, memproseskan invois dan pembayaran;

(f) untuk memberikan makluman balas peribadi kepada anda bagi tujuan meningkatkan dan menyokong hubungan kami dengan anda dan pengguna-pengguna lain; dan

(g) kami menggunakan Cecikut untuk meningkatkan proses-proses kami, pengiklanan, notifikasi, pengesahan, sekuriti dan pematuhan, pengurusan analisis dan keutamaan, yang mana butir-butir kegunaan Cecikut akan dinyatakan dalam Klausa 12 selepas ini;

4.1.4 Pemasaran

(a) untuk menghubungi dan membekalkan maklumat kepada anda mengenai tawaran-tawaran daripada kami dan rakan niaga kami termasuk tawaran produk, perkhidmatan, pelancaran baru, acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial dan informasi lain yang mungkin akan menarik minat anda (melalui e-mel, SMS atau suratcara lain); dan

(b) memproseskan penyertaan anda dalam tawaran-tawaran tersebut dan acara pemasaran yang lain;

4.1.5 Pematuhan Kewajipan di bawah Undang-undang

(a) untuk mematuhi kewajipan-kewajipan kami, termasuk kewajipan pematuhan ('compliance requirement'), kewajipan pendedahan (' disclosure requirement') di bawah undang-undang, aturan-aturan, perintah, garis panduan, arahan dan polisi yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa kerajaan termasuk apa-apa undang-undang dan syarat-syarat antarabangsa dan tempatan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa termasuk pindaannya dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan transaksi komersial dan/atau kelakuan perniagaan kami (secara kolektif, " Undang-undang");

(b) untuk mengekalkan keselamatan dan sekuriti Perkhidmatan kami;

(c) untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;

(d) menilai risiko kewangan dan insurans; dan

(e) untuk pencegahan jenayah, rasuah, penipuan dan pelaburan wang haram;

4.1.6 Penyimpanan Rekod Dalaman dan Isu Teknikal

(a) bagi penyimpanan rekod dalaman kami dalam perlaksanaan perniagaan kami;

(b) untuk mengekalkan, mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod pangkalan data kami;

(c) untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dipadamkan nama atau diagregasi dengan cara yang tidak menamakan anda;

(d) untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis urus niaga anda dengan kami; dan

(e) untuk mengesan, mencegah dan menyelesaikan isu teknikal.

4.2 Berhubung dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 4.1 di atas, dengan in anda memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berkuasa yang berkaitan, pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, penasihat lain, pembekal, kontraktor dan/atau pembekal perkhidmatan, Afiliasi kami (seperti yang didefinisikan di bawah) dan pihak ketiga lain yang terpilih mengikut Klausa 5 Polisi Privasi ini.

5 KEPADA SIAPA KAMI AKAN MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?

5.1 Bagi tujuan membekalkan anda Perkhidmatan dan menguruskan operasi Platform, kami berhak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang terpilih di bawah:

5.1.1 untuk dasar yang perlu diketahui sahaja, mendedahkan data peribadi anda kepada (a) anak-anak syarikat, syarikat berkaitan dan bersekutu kami; (b) syarikat induk kami termasuk anak-anak syarikatnya, syarikat berkaitan dan syarikat yang berkaitan; dan (c) afiliasi kami termasuk rakan niaga kami (sesetengah daripada mereka yang mungkin berada di luar negara dan menjalankan fungsi pentadbiran, pengurusan dan operasi untuk dan bagi pihak kami berkenaan dengan transaksi komersial atau untuk menyokong jualan, pemasaran, promosi dan/atau usaha pengiklanan) (secara kolektif, " Afiliasi");

5.1.2 syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, pembekal, kontraktor, pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran (jika berkenaan) dan pembekal produk dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang lain;

5.1.3 syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai rakan kongsi strategik kami untuk acara, program, aktiviti tertentu atau untuk menyediakan sebarang Perkhidmatan dan/atau produk;

5.1.4 syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memberikan anda perkhidmatan tambah nilai dan/atau produk seperti yang diminta oleh anda;

5.1.5 penasihat undang-undang dan penasihat profesional anda termasuk peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, akauntan dan/atau penasihat kewangan yang diberi kuasa oleh kami;

5.1.6 penasihat undang-undang dan penasihat profesional anda termasuk peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, akauntan dan penasihat kewangan yang diberi kuasa oleh anda;

5.1.7 sesiapa yang diberi kuasa oleh anda untuk memberi arahan dan/atau menggunakan akaun atau produk dan/atau Perkhidmatan bagi pihak anda;

5.1.8 sebarang agensi penarafan, penanggung insurans, broker insurans dan/atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;

5.1.9 sebarang institusi kewangan, peniaga, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA, MasterCard International Incorporated dan/atau persatuan kad lain berhubung dengan sebarang kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan kepada anda;

5.1.10 sesiapa yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan sebarang hak-hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami;

5.1.11 entiti kerajaan termasuk (a) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi-agensi yang dilantiknya; (b) Jabatan Imigresen dan agensi-agensi yang dilantiknya; (c) kedutaan asing, konsulat dan agensi-agensi yang dilantiknya; dan (d) jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak-pihak berkuasa berkanun dan pengawal-pengawal selia industri berkaitan dengan sebarang siasatan atau pertanyaan;

5.1.12 agensi-agensi penipuan dan pencegahan jenayah untuk tujuan menilai risiko jenayah, penipuan dan pengubahan wang haram (ini adalah syarat kami sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan anda);

5.1.13 pembekal perkhidmatan IT kami yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan infrastruktur teknikal, perisian dan kerja pembangunan, menganalisis bagaimana Perkhidmatan kami digunakan, atau memberikan Perkhidmatan kepada anda dan pengguna-pengguna lain;

5.1.14 agensi pemasaran, agensi penyelidikan dan agensi komunikasi kami;

5.1.15 media dan agensi berita untuk tujuan publisiti;

5.1.16 pihak berkuasa dan agensi kerajaan, jika berkenaan; dan

5.1.17 pihak lain yang dikehendaki oleh Undang-undang.

5.2 Sekiranya terdapat jualan perniagaan, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan, reorganisasi, dalam hal ketidakmampuan bayar, muflis atau penerimaan perniagaan yang melibatkan kami atau aset kami kepada pihak ketiga, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan dan/atau dipindahkan kepada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada aset kami. Anda mengakui dan membenarkan kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga termasuk penasihat dan wakil pihak ketiga dan pihak ketiga mempunyai persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda.

5.3 Klausa-klausa 5.1 dan 5.2 hendaklah, pada setiap masa, tertakluk kepada pematuhan terhadap Undang-undang yang berkaitan dan terpakai ke atas kami dan perniagaan kami dalam semua bidang kuasa.

5.4 Jika data peribadi anda diproses oleh pihak ketiga, kami akan meminta pihak ketiga untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kami termasuk mematuhi semua Undang-undang yang terpakai tetapi kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, ganti rugi, tuntutan, kos dan perbelanjaan yang terhasil daripada dan/atau berkaitan dengan ketidakpatuhan oleh pihak ketiga.

5.5 Kecuali sebagaimana yang dinyatakan di atas, kami tidak akan menjual, mengedarkan atau mendedahkan data peribadi anda (kecuali maklumat agregat tanpa nama) kepada pihak ketiga tanpa persetujuan ekspress anda.

6 BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA UNTUK TUJUAN PEMASARAN?

6.1 Dengan melayari Platform dan/atau menggunakan Perkhidmatan, anda dianggap telah memberi kebenaran kepada kami untuk menghubungi anda melalui panggilan telefon, SMS, e-mel dan/atau kaedah elektronik lain pada masa akan datang dengan menggunakan data yang disediakan oleh anda semasa pendaftaran di Platform kami (Sila baca Terma Penggunaan kami berkaitan dengan transaksi elektronik dan komunikasi elektronik).

6.2 Kebenaran, seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6.1 di atas, adalah termasuk kebenaran untuk menerima gambar, video, mesej dalam talian dan/atau e-mel mengenai produk, perkhidmatan, promosi, tawaran khas, acara dan/atau aktiviti daripada kami ataupun rakan niaga kami, rakan niaga strategik, penaja atau pengiklan kami yang mungkin menarik minat anda.

6.3 Untuk mengelakkan keraguan, anda mengakui dan bersetuju dengan Tea X berkongsi maklumat yang tidak dikenali sebegini tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:-

(a) Maklumat Agregat - Kami boleh menjalankan projek analitik data bersama dengan pembekal pihak ketiga terpilih yang menggunakan maklumat yang tidak dikenali untuk meramalkan kepentingan pengguna dan memberikan pengguna maklumat yang lebih disasarkan dan/atau relevan berdasarkan maklumat teragregat mengenai aktiviti pengguna di luar Platform.

(b) Pengiklanan Berdasarkan Perilaku - Kami boleh bekerjasama dengan pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat yang tidak dikenali untuk memperoleh model tertentu yang akan memudahkan pengiklanan yang lebih tepat kepada pengguna terpilih.

6.4 Anda boleh memilih untuk dikecualikan daripada, secara sebahagian atau keseluruhannya, untuk menerima apa-apa surat berita, kemas kini, bahan promosi, ucapan perayaan (jika berkenaan) atau komunikasi lain, untuk tujuan umum atau untuk tujuan pemasaran yang dinyatakan dalam Klausa 6 ini, dengan menekan "hentikan pelanggaran" atau mengikuti arahan dalam e-mel yang dihantar oleh kami kepada anda pada bila-bila masa sahaja. Dalam apa jua keadaan, arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai.

6.5 Sila ambil perhatian bahawa selagi anda kekal sebagai pengguna berdaftar dengan kami, anda tidak dapat menarik diri daripada menerima notifikasi dan/atau bahan berkaitan dengan pengguna daripada kami.

7 BILAKAH KAMI AKAN MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?

7.1 Selain daripada apa-apa yang dinyatakan dalam Klausa-klausa 5 dan 6, kami akan memproses data peribadi anda sebagai data yang peribadi dan sulit dan tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga kecuali peristiwa-peristiwa berikut timbul:

7.1.1 anda telah memberi kami kebenaran untuk mendedahkan data peribadi anda;

7.1.2 kami dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian di bawah Undang-undang;

7.1.3 kami dikehendaki untuk memenuhi kewajipan kami seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini;

7.1.4 kami dikehendaki atau dibenarkan oleh perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan / kuasi-kerajaan atau permintaan daripada penguatkuasa undang-undang / agensi kerajaan lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami; dan/atau

7.1.5 kami dikehendaki untuk memindahkan hak dan kewajipan di bawah Polisi Privasi ini.

7.2 Sekiranya anda terdapat sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pendedahan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga di bawah Polisi Privasi ini, terutamanya pendedahan yang dinyatakan dalam Klausa-klausa 5, 6 dan 7, anda boleh menghubungi kami di alamat yang dinyatakan dalam Klausa 14.1.

8 APAKAH KEWAJIPAN KAMI DAN APAKAH KEWAJIPAN ANDA?

8.1 Kewajipan Kami: Kami mempunyai kewajipan untuk memproses data peribadi anda untuk kepentingan yang sah iaitu untuk menjalankan dan menguruskan Platform. Kami mengikut piawaian industri yang diterima umum untuk melindungi data peribadi anda. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah dan diperlukan, termasuk semua tindakan pencegahan teknikal dan organisasi untuk memastikan data peribadi anda dilindungi dengan selamat dan mengikuti Polisi Privasi ini termasuk semua Undang-undang yang terpakai.

8.2 Kewajipan Anda : Anda adalah wajib untuk membekalkan kami data peribadi anda yang lengkap dan tepat dan memaklumkan kami jika terdapat sebarang perubahan, yang mana kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk memenuhi tujuan-tujuan di dalam Klausa 4.1 di atas jika anda gagal membekalkan dan/atau memaklumkan kami data peribadi anda yang lengkap dan tepat. Akibatnya, (a) permohonan anda sebagai pengguna berdaftar akan ditolak oleh kami dan anda tidak dapat mengakses sebahagian Platform yang hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar; atau (b) jika anda adalah pengguna berdaftar, semua hubungan anda dengan kami akan dihentikan dan keahlian anda akan ditamatkan.

8.3 Di mana anda memberikan sebarang data peribadi untuk atau bagi pihak orang lain, atau anda mewakili organisasi atau syarikat, anda berjanji bahawa:

8.3.1 anda telah memperoleh persetujuan daripada orang atau organisasi atau syarikat yang anda mewakili bahawa data peribadi diberikan secara sukarela, tepat dan lengkap;

8.3.2 anda diberi kuasa untuk menerima apa-apa notis privasi dan maklumat lain yang berkaitan bagi orang atau organisasi atau syarikat yang anda mewakili; dan

8.3.3 anda telah diberi kebenaran untuk memindahkan data peribadi orang atau organisasi atau syarikat yang anda mewakili ke luar negara,

yang mana anda akan melindungi kami daripada apa-apa tuntutan orang atau organisasi atau syarikat yang anda mewakili jikalau terdapat sebarang ketidakpatuhan oleh anda.

8.4 Sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda, dengan ini anda mengakui bahawa anda adalah mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kami dengan segera, dalam apa jua keadaan tidak lebih daripada tujuh (7) hari kalendar setelah perubahan tersebut timbul. Anda patut menghantar notis bertulis (melalui pos atau e-mel) berkenaan dengan perubahan tersebut kepada kami, yang mana kami akan mengemas kini data peribadi anda dalam masa dua puluh satu (21) hari kalendar selepas menerima notis bertulis anda.

8.5 Tanpa bertentangan dengan Klausa 8.4 di atas, jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian data peribadi anda digunakan oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, anda dikehendaki menghubungi kami dengan segera melalui panggilan telefon atau e-mel kami di alamat yang dinyatakan dalam Klausa 14.1.

8.6 Data Peribadi yang Tidak Lengkap: Jika data peribadi anda diminta untuk tujuan dalam Klausa 4.1 di atas, anda, atau orang atau organisasi atau syarikat yang anda mewakili adalah mempunyai pilihan untuk tidak memberikan data peribadi tambahan yang diminta oleh kami selain daripada maklumat yang telah ditentukan oleh kami sebagai maklumat yang wajib diberikan untuk memudahkan transaksi komersial. Jika data peribadi anda tidak lengkap, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini dan mungkin tidak dapat menawarkan perkhidmatan dan/atau memenuhi permintaan anda (jika berkenaan) dan/atau untuk menerima bayaran daripada anda.

9 DI MANA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?

9.1 Data peribadi anda mungkin dari semasa ke semasa dipindah, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami di tempat-tempat lain selain Malaysia. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada kemudahan penyimpanan digital kami dan pembekal penyimpanan digital kami mungkin berada di tempat-tempat lain selain Malaysia.

9.2 Data peribadi anda mungkin akan dipindah keluar dari Malaysia kepada pihak ketiga di bidang kuasa lain yang anda berada semasa anda menggunakan Perkhidmatan atau melayari Platform dan anda dengan ini membenarkan kami untuk pemindahan data peribadi anda ke luar negara selain Malaysia.

10 BERAPA LAMA KAMI AKAN MEMEGANG DATA PERIBADI ANDA?

10.1 Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan oleh kami untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di bawah Polisi Privasi ini.

10.2 Walau bagaimanapun, Kami mungkin perlu mengekalkan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih panjang jika diperlukan oleh kami untuk (a) mematuhi sebarang kewajipan kami di bawah Undang-undang; (b) membalas apa-apa pertikaian, tuntutan atau aduan yang berkaitan dengan anda; atau (c) menguatkuasakan dan melaksanakan perjanjian dan polisi kami.

11 APAKAH HAK ANDA?

11.1 Anda mempunyai pelbagai hak di bawah undang-undang berkaitan dengan data peribadi anda. Hak-hak anda dinyatakan seperti berikut:

11.1.1 mengakses data peribadi anda (subjek keapda anda membayar yuran pemprosesan, jika berkenaan);

11.1.2 meminta pembetulan atau penghapusan data peribadi anda atau mengemas kini data peribadi anda (dengan syarat anda mematuhi kewajipan anda dalam Klausa 8.4);

11.1.3 meminta sekatan terhadap pemprosesan data peribadi anda; dan

11.1.4 membantah pemprosesan data peribadi anda.

11.2 Merujuk kepada hak anda untuk mengakses data peribadi anda dalam Klausa 11.1.1:

11.2.1 anda juga berhak menerima salinan data peribadi anda dalam format elektronik. Walau bagaimanapun, hak ini terhad kepada data peribadi yang telah diberikan oleh anda kepada kami dan diproses berdasarkan persetujuan anda. Ia tidak meliputi data peribadi yang diterima oleh kami atas alasan lain atau daripada sumber lain; dan

11.2.2 kami mungkin akan menahan permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda dalam keadaan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda; (b) jika data peribadi yang diminta oleh anda adalah bersifat sulit; atau (c) apabila kami menerima permintaan berulang-ulang untuk data yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda dengan segera tentang sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

11.3 Merujuk kepada permintaan anda dalam Klausa 11.1.2, 11.1.3 dan/atau 11.1.4, kami adalah berhak untuk menafikan akses anda ke Platform dan/atau menafikan sebarang / semua permintaan anda atau meminta bukti dokumentasi lebih lanjut daripada anda untuk sebab yang dibenarkan di bawah Undang-undang yang terpakai.

12 BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN CECIKUT DI PLATFORM KAMI?

12.1 Kami dan rakan niaga kami boleh menggunakan cecikut, pengecam pengiklanan, suar web, tag-tag, skrip-skrip, subjek yang dikongsi bersama seperti HTML5 dan 'Flash' / cecikut 'flash' termasuk teknologi lain yang serupa ("Cecikut") untuk tujuan memegang data penggunaan anda berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan, Platform dan mengecam peralatan anda semasa log masuk anda ke Platform pada masa yang akan datang, yang mana kami dapat membekalkan anda maklumat khusus yang sepadan dengan profil dan minat pelaburan anda.

12.2 Cecikut mempunyai pengecam yang unik yang boleh disimpan di Platform, di peralatan yang digunakan oleh anda untuk melayari Platform, dan/atau dalam e-mel yang dikirimkan oleh kami kepada anda. Cecikut boleh menghantar maklumat tentang anda dan penggunaan anda mengenai Perkhidmatan dan/atau Platform kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada tempoh penggunaan, keutamaan carian, jenis semak imbas, alamat IP, dan/atau data yang berkaitan dengan iklan yang dipaparkan dan telah diklik masuk oleh anda.

12.3 Tanpa bertentangan dengan mana-mana peruntukan lain di bawah Polisi Privasi ini, pihak ketiga boleh menggunakan Cecikut di Platform untuk mengumpul jenis maklumat yang sama untuk tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.2 di atas. Pihak ketiga mungkin menggunakan maklumat tentang anda yang diperoleh daripada Platform atau daripada sumber lain untuk tujuan yang lain, di mana kami adalah tidak mempunyai sebarang tanggungjawab, akses atau kawalan berhubung dengan penggunaan maklumat tersebut.

12.4 Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang tidak dikenali secara persendirian daripada atau mengenai anda dengan pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada data lokasi, pengecam pengiklanan, atau hash kriptografi di pengecam akaun umum (seperti alamat e-mel) untuk memudahkan pameran iklan yang menjadi sasaran kami.

12.5 Walaupun begitu, anda boleh melumpuhkan, menyekat atau mematikan Cecikut pada bila-bila masa sahaja dengan melaraskan pelayar internet anda untuk melumpuhkan Cecikut tersebut. Anda juga boleh mengehadkan perkongsian maklumat anda melalui seting di telefon bimbit anda.

13 ADAKAH KAMI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK POLISI PRIVASI PLATFORM PIHAK KETIGA?

Platform dan Perkhidmatan mungkin dihubungkan ke platform pihak ketiga. Platform pihak ketiga ini adalah tidak berkaitan dengan dengan kami atau di bawah kawalan kami. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab atau tertakluk kepada polisi privasi mereka berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan dan/atau pendedahan data peribadi platform pihak ketiga sedemikian. Kami berhak untuk menafikan apa-apa hubungan ke platform pihak ketiga mengikut budi bicara kami.

14 BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI?

14.1 Sekiranya terdapat apa-apa perubahan terhadap data peribadi anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pendedahan / penggunaan data peribadi anda, dan/atau anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda seperti yang disenaraikan dalam Polisi Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di:

Alamat

:

Lot L1-01, 1st Floor, Shaw Parade, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur.

Nombor telefon

:

+603-2145-1200

E-mel

:

[email protected]

Untuk perhatian

:

Eksekutif Pengurusan Perhubungan Pelanggan

14.2 Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Polisi Privasi lain yang diterjemahkan, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.